all about my life as a student…

mawar merah…

kelembutanmu igauan sang kumbang seluruh alam..

merahmu sejuk mata memandang…

baumu semerbak mempersona…

mawar merah…

berdirinya kau dibumi tegak berduri…

tegas pada yang mahu menoda…

namun mawar merah…

lembutmu sering menghalang…

lembutmu selalu menang…

lalu menyerah pasrah…

pada sang kumbang yang dahagakan madumu…

mawar merah…

salahkah engkau atas kelembutanmu…

salahkah engkau atas semerbaknya baumu..

salahkah engkau atas kedamaian merahmu…

yang membuat semua mata terpana…

yang membuat hati nakal berbisik..

mahu memetikmu walau dalam duri..

mawar merah…

lemahkah engkau…

tidak…aku berduri….

mawar merah…

tegaskah engkau…

emmm…lembutku lemah…

lalu bagaimana mawar merah…

bagaimana kan kau pelihara dirimu..

dari tangan-tangan nakal…

dari kumbang-kumbang yang dahagakan madumu…

salahkah engkau…

atau mereka yang salah wahai mawar merah..

atau engkau yang lemah…